RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Bagaimana stetoskop pertama dicipta


Jika anda meletakkan telinga anda pada dada seseorang, anda mungkin boleh mendengar degupan jantung yang kurang jelas. Sehingga tahun 1816, begitulah cara doktor memeriksa jantung pesakit. Tetapi René Laennec, seorang doktor di Paris, menjumpai satu cara yang lebih baik.




Satu hari, Dr. Laennec dalam perjalanan untuk melawat pesakitnya. Sambil berjalan dia mengelamun, tenggelam dalam fikirannya sendiri. Pesakitnya, seorang perempuan muda yang menghidapi penyakit jantung, ialah seorang yang sangat gemuk. Dr.Laennec memikirkan sama ada dia boleh mendengar degupan jantung pesakitnya itu.



Bunyi gelak tawa membuatkan doktor itu berhenti seketika. Beberapa orang kanak—kanak sedang bermain di atas longgokan kayu gergaji. Sambil seorang kanak-kanak menekan telinganya pada satu hujung kayu yang panjang, dan seorang lagi kanak-kanak mengetuk pada hujung yang lain. Kanak-kanak itu tertawa riang apabila bunyi itu bergerak sepanjang kayu itu. Kemudiannya, semasa dia hendak memeriksa pesakitnya di rumah itu, Dr. Laennec teringatkan permainan kanak-kanak itu. Tentu sekali! Dia mengambil sehelai kertas dan menggulungnya menjadi tiub. Bila dia menekan satu hujung tiub itu pada dada pesakitnya dan mendengar pada hujung yang lagi satu, dia boleh mendengar degupan jantung dengan begitu jelas sekali.





Dr. Laennec menjalankan eksperimen dengan pelbagai bahan untuk alat mendengarnya ini. Sebagai seorang pakar pelarik kayu, dia akhirnya menghasilkan satu kayu berbentuk silinder lebih kurang tiga puluh sentimeter panjangnya. Ia berlubang di tengah-tengahnya dan mempunyai cawan yang dapat dilaraskan pada setiap hujung.

Hari ini, doktor-doktor menggunakan satu variasi instrumen ini yang diilhamkan daripada permainan kanak-kanak. Ia mungkin kelihatan berlainan daripada ciptaan Dr. Laennec, tetapi stetoskop ialah alat yang paling mudah untuk doktor mendengar degupan jantung.

Gelatin yang boleh meletup

ALFRED NOBEL — 1875
Cecair yang tumpah

Alfred Nobel mempunyai minat tersendiri dalam letupan. Saudara lelakinya terbunuh dalam satu kemalangan yang melibatkan nitrogliserin di sebuah kilang membuat bahan letupan di Sweden. Pada waktu itu, nitrogliserin digunakan dengan meluas untuk meletupkan batu di lombong dan kuari. Tetapi cecair yang sangat tidak stabil ini selalunya meletup tanpa dijangka, walaupun bekas itu digoncang sedikit sahaja.
Read more »

Bagaimana ubat bius pertama ditemui

HORACE WELLS - 1844
HANYA SATU SEDUT

Di sebuah dewan di Hartford, Connecticut yang penuh dan padat sehingga melimpah—limpah dengan orang ramai. Di antara penonton-penonton, duduk seorang pemuda, Samuel Cooley dan kawannya, Horace Wells, seorang doktor gigi. Kedua-dua mereka pasti terperanjat dengan apa yang akan mereka lalui. Cooley tidak menyangka bahawa dia akan menjadi bahan hiburan. Wells tidak menyangka dia akan menukar perjalanan sejarah perubatan.
Read more »

Bagaimana produk daripada getah berjaya dihasilkan

CHARLES GOODYEAR — 1839
GETAH YANG HANGUS
Untuk sebahagian besar hidupnya, Charles Goodyear terlalu banyak memikirkan tentang getah. Bahan lembut dan menganjal ini memberikan Goodyear pengiktirafan dan kebanggaan — juga kemiskinan dan kekalahan.

Perasaan terpesona Goodyear dengan getah bermula dengan tidak sengaja. Pada satu hari pada 1834, jurujual yang menganggur ini tertarik dengan pelampung keselamatan getah yang dipamerkan di tingkap sebuah kedai di New York. Dia memeriksanya dengan teliti dan mendapati kecacatan pada produk itu. Dia bergegas pulang ke rumahnya, mereka cipta satu injap baru untuk pelampung itu dan dalam beberapa hari memulangkannya ke kedai itu.
Read more »
Return top