RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

cara untuk memastikan ketumpatan dan ketulenan relatif

ARCHIMEDES — KIRA—KIRA 250 SEBELUM MASIHI
Tab Mandi Yang Melimpah.

Lebih dua ribu tahun dahulu, kuasa yang paling ditakuti di dunia adalah tentera Roman yang sangat berkuasa. Tetapi apabila tentera Roman yang hebat ini pergi untuk memusnahkan bandar Greek Syracuse, mereka hampir ditumpaskan oleh ciptaan bijak satu orang sahaja.


Bayangkan alat lastik besar yang boleh melastik batu besar, kren mekanikal yang boleh mengangkat dan menterbalikkan kapa1—kapal, dan kanta besar yang boleh memfokuskan sinaran matahari kepada kapal-kapa] musuh, dan menyebabkannya terbakar.

Untuk pertama kali ia sungguh menakjubkan, tetapi bagi Archimedes, pencipta senjata-senjata ini, ia hanya mainan untuk hiburannya sahaja. Hari ini Archimedes diingati kerana ciptaan yang digunakan semasa perang. Dalam segala perkiraan, Archimedes ialah seorang pemikir yang tekun. Selalunya masa berjam-jam berlalu sambil dia memikirkan satu
masalah. Kemudian dengan tiba-tiba dia akan mengumumkan satu penyelesaian, seolah-oIah jawapannya terpacul dalam kepalanya.

Barangkali kisah masyhur tentang mahkota raja adalah satu contoh yang bagus. Raja Hieron II Syracuse telah memesan mahkota baru yang diperbuat daripada emas padu. Mahkota yang telah siap sememangnya cantik, tetapi Hieron berasa sangsi. Dia terfikir ada kemungkinan tukang emas itu ada mencampurkan perak dengan emas. Hieron meminta Archimedes untuk menyiasat tanpa merosakkan mahkota itu.

Archimedes memikirkan masalah itu. Perak kurang tumpat daripada emas dan kerana itu ia lebih ringan. Hanya itu yang dia tahu. Apa yang perlu dibuat ialah untuk menimbang mahkota dan menimbang jumlah emas tulen yang sama untuk melihat sama ada beratnya sama.

Soalannya, bagaimana untuk mengukur jumlah logam yang betul yang telah digunakan untuk membuat mahkota itu? Cara yang pasti yang boleh difikirkan oleh Archimedes iaIah dengan meleburkan mahkota itu dan mengukur jumlah cecair lebur.

Tetapi dia tidak melakukannya kerana raja tidak mahu mahkota itu dirosakkan dengan apa cara pun.

Sedikit demi sedikit Archimedes semakin dihantui masalah ini. Dia mula leka sehingga terlupa untuk makan atau tidur. Kemudian pada satu hari dia pergi ke tempat mandi awam untuk menenangkan diri. Bila dia memasuki tab mandi yang penuh, dia memerhatikan bahawa air melimpah keluar.

Untuk orang lain, ini adalah sesuatu yang berlaku setiap hari. Tetapi untuk Archimedes, ia tiba-tiba menjadi penyeiesaian kepada masalahnya. Pada waktu itu juga dia menyedari bahawa jumlah air yang tertumpah atau air yang terkeluar adalah sama dengan isi padu badannya semasa dia memasuki tab mandi itu.

Archimedes melompat keluar dari tab mandi — dia berasa sangat teruja sehingga dia lupa memakai bajunya — lari keluar dari bangunan dan ke jalan menjerit, “eureka! Eureka!” '(Saya telah menjumpainyai)

Sebaik sahaja dia sampai di rumah, dia menolak mahkota raja kedalam sebuah mangkuk yang diisi penuh dengan air dan mengukur air yang melimpah keluar, kerana dia tahu sekarang bahawa jumlah air yang teralih o1eh mahkota itu sama dengan isi padu mahkota itu sendiri.

Selepas itu Archimedes mengukur jumlah yang sama dalam emas tulen. Kemudian dia memeriksa berat emas tulen itu dengan berat mahkota itu, dan tentunya, berat mahkota itu lebih ringan. Raja Hieron II memang telah ditipu. Tukang emas itu telah dihukum dan Archimedes diberi ganjaran. Dunia telah diberi cara untuk memastikan ketumpatan dan ketulenan relatif bahan-bahan berlainan, cara yang masih digunakan dua ribu tahun selepas penemuan pertama ini.

TAHUKAH ANDA?
Archimedes mati dalam keadaan yang sama seperti hidupnya — ketika sedang berfikir dengan khusyuk. Bila Syracuse akhirnya ditawan oleh tentera Roman, seorang askar telah dihantar untuk menangkapnya. Askar itu menjumpai orang tua itu duduk di atas lantai sedang menyelesaikan masalah matematik. Apabila diminta untuk menyerah diri, Archimedes enggan, dan berkata bahawa dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Askar itu berasa marah dan menghulurkan pedangnya dan membunuh Archimedes di situ juga.

0 comments:

Post a Comment

Return top