RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Evolusi percetakan

ALOIS SENEFELDER —- 1798
Senarai yang dibuat secara terburu-buru

Ia hanya satu senarai dobi yang biasa, yang ditu1is dengan terburu-buru tetapi memberi Alois Senefelder idea ini- yang menjadi kemajuan paling penting da1am sejarah percetakan. Pernahkah anda mencetak dengan menggunakan ubi kentang? Kalau anda mengambil sebiji ubi kentang yang keras, mengukir satu corak diatasnya, menera dakwat di atasnya menggunakan pad dakwat dan melekapkannya di atas kertas, anda akan mendapat corak yang dicetak pada kertas. Cuma ia tidak betul-betul sama. Cetakan yang didapati
adalah corak terbalik.


Pada dekad 1700, mereka menggunakan prosedur yang sama untuk mengeluarkan semula gambar. Plat cetak — versi besi, kayu atau batu corak ubi kentang — yang disediakan melalui turisan atau goresan. Satu turisan telah dibuat dengan mengukir lukisan secara terbalik di atas kayu atau besi lembut. Dalam goresan, corak terba1ik itu dilakar dengan pensel
di atas sekeping besi atau kapur kemudian bahan kimia yang kuat digunakan untuk menebuk atau menggores sebahagian daripada besi itu. Sama ada dengan menggores atau menuris, pencetak mendapat imej yang sedia untuk ditera dengan dakwat.

Alois Senefelder sangat tertarik dengan proses turisan. Dia memang seorang yang sangat suka bertanya dan bercita-cita tinggi, dan dia mula membuat eksperimen dengan dakwat dan kimia untuk memperbaiki cara mencetak.

Untuk membantu mendapat duit lebih, ibu Alois menjalankan perniagaan dobi. Pada satu hari, pada 1798, setelah dibanjiri dengan pesanan, dia meminta Alois menolongnya. Boleh tidak dia menulis pesanan—pesanan itu sebelum dia lupa? Alois dengan pantas mencari kertas dan pensil, tetapi dia tidak menjumpainya. Dia mencapai alat yang paling hampir — sekeping batu kapur licin dan krayon berminyak yang baru diciptanya. Dengan pantas dia menulis senarai dobi itu di atas batu kapur itu.

Semasa dia sedang menulis, Alois mendapat satu ilham. Dia tahu bahawa minyak dan air tidak boleh bercampur. Dia dengan pantas menuang asid berair ke atas batu itu, menutupinya. Walaupun keseluruhan kepingan itu basah dengan cecair itu, bahagian yang ditulis dengan krayon berminyak itu tidak telap dengan asid, dan kekal kering.
Kemudian Alois menuang dakwat berasaskan minyak di atas batu kapur itu. Ia mengalir lari dari tempat yang basah tetapi melekat pada kesan minyak itu. Dia tidak dapat menahan rasa terujanya, dia dengan pantas menekan batu kapur itu pada kertas.

Tanpa disangka, beliau telah berjaya mencetak imej terbalik senarai dobi itu di atas kertas. Alois Senefelder telah berjaya menemui satu proses mencetak yang lebih mudah dan tepat daripada menuris atau menggores. Ia dikenali sebagai litografi — litho untuk "batu" dan graphy untuk "menulis” — dan teknik ini masih digunakan oleh semua pencetak di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Return top