RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Bagaimana cara menyimpan elektrik pertama kali ditemui

PIETER VAN MUSCHENBROECK — I746
Sebuah balang elektrik

Pernahkah anda berjalan merentasi lantai yang mempunyai hamparan dan kemudian menyentuh tombol pintu atau seorang kawan? Kejutan yang kecil, atau renjatan yang diterima ialah penyahcasan elektrik statik, dan ia disebabkan oleh geseran.



Kesan ini telah diketahui sejak berkurun lagi. Lebih dua ratus tahun dahulu memang popular di kalangan orang semasa itu untuk membina mesin geser atau penjana elektrostatik untuk mengeluarkan elektrik statik. Anda boleh mengengkol pemegang pada penjana dan mengeluarkan cas elektrik. Bila ada orang yang berani untuk rnemegang mesin itu, dia akan mendapat kejutan penyahcasan elektrik.

Masalah dengan penjana elektrostatik ialah ia tidak boleh menyimpan elektrik. Sebaik sahaja ia dinyahcas setelah dipegang, cas itu akan hilang dan mesin itu mesti diengkol sekali lagi untuk mendapatkan cas lagi satu.

Pada 1746, seorang profesor di University of Leyden di Holland cuba membuat satu alat yang boleh menyimpan elektrik. Profesor Pieter Van Muschenbroeck dan dua pembantu berfikir bahawa mereka boleh
rnenangkap cas elektrik jika mereka boleh menyelubungi satu objek bukan pengalir yang telah dielektrikkan seperti gelas.

Mereka mencangkuk penjana elektrostatik pada rantai loyang yang mereka gantung di dalam balang gelas. Bila mereka mengengkol penjana itu, elektrik mengalir dari rantai itu ke dalam balang. Tetapi apabila
mereka menyentuh pengalir pada balang itu, tiada apa yang terjadi. Elektrik itu seperti telah hilang.

Profesor itu menggunakan pendekatan yang lain. Kali ini dia mengisi balang itu dengan air, dan sekali lagi dia mencangkuk rantai itu pada mesin itu dan mengengkol pemegangnya. Tetapi nampaknya mereka gagal sekali lagi.

Kecewa, mereka mula membuka mesin itu. Seorang pembantu memegang balang itu dengan satu tangan sementara air masih berada di dalam balang itu masih bersambung kepada penjana. Sementara dengan tangan lagi satu dia menyambar wayar untuk mengalihkannya dari mesin itu. Dengan tiba—tiba satu kejutan elektrik menyambar badannya, menyebabkan tangan dan kakinya Iumpuh.

Balang air itu memang menyimpan elektrik. Dengan memegang wayar itu dan balang itu pada masa yang sama, orang itu telah bertindak sebagai jalan pintas untuk cas elektrik. Selepas beberapa jam, dia pulih.
Perkakas ini dikenali sebagai balang Leyden. Di dalamnya, arus boleh disimpan untuk masa yang lama, membolehkan ahli sains untuk menemui banyak sifat-sifat baru dan kelebihan elektrik.



TAHUKAH ANDA?
Penjana elektrostatik moden boleh mengumpul cas yang besar. Penjana Van de Graff satu alat yang menggunakan tali sawat penyampai untuk membawa cas elektrik kepada sebiji bola kosong boleh menyampaikan 5 juta volt elektrik

0 comments:

Post a Comment

Return top