RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Terciptanya mesin jahit

WILLIAM LEE — 1589
Jarum-jarum yang Bising

Klik, klak... klik, klak.
Pada abad keenam belas, inilah bunyi yang biasa kedengaran di kebanyakan rumah orang Inggeris. Bunyi besi bertemu besi, jarum bertemu jarum, bila wanita-wanita di dalam setiap rumah, setiap malam, mengait baju sendiri kerana mereka tidak mampu membeli baju yang sudah siap. Begitulah di rumah Reverend William Lee, seorang paderi gereja.


Pada satu malam, Puan Lee duduk mengait sambil suaminya mengelamun memerhatikannya. Tangannya membuat satu siri gelungan. Mula-mula dia membuat satu gelungan dengan benang sayat, kemudian dia menarik satu gelungan melalui gelungan yang pertama. Gelung, tarik, gelung, tarik. Dia mengulangi proses itu berkali-kali. Tiba-tiba, satu idea terpacul dalam kepala Lee. Bagaimana kalau dicipta satu mesin yang boleh mengulangi langkah-langkah itu? Fikirkan bagaimana mudah dan cepat kerja mengait boleh dilakukan.

Lee membina satu bingkai kayu dengan beratus jarum kecil dan satu siri cangkuk yang boleh mengangkat gelung di atas benang sayat. Dengan satu gerakan mudah, operator mesin mengait ini boleh mengait satu barisan jahitan pada masa yang sama. Lee menghabiskan sisa-sisa akhir kehidupannya mencuba untuk menarik perhatian orang tentang ciptaannya ini, tetapi tidak ramai yang membeli mesinnya. Dia meninggal dunia pada 1610; miskin dan kecewa.

Adik lelakinya kemudian berjaya menjual idea ini kepada beberapa orang saudagar dan tidak lama selepas itu, kilang mengait dibuka di England. Untuk pertama kali, baju yang dikait boleh dihasilkan dengan murah dan cepat. Ciptaan William Lee telah membuka pintu kepada zaman mesin.

0 comments:

Post a Comment

Return top