RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Peperangan menggunakan senjata api dan letupan

BERTHOLD SCHWARTZ —KIRA-KIRA 1350
Campuran yang mudah meletup

Apabila satu cerita disampaikan dari seorang ke seorang, ada bahagian cerita yang bertukar. Setelah beberapa lama ia menjadi susah untuk menentukan berapa banyak daripada kisah itu adalah benar atau tidak. Itulah sebabnya cerita di sebalik salah satu daripada ciptaan yang mengujakan ini terus menjadi satu misteri.


Sesetengah orang berkata bahawa orang Cina yang patut mendapat penghargaan kerana datang dengan idea ini lebih dari dua ribu tahun dahulu. Kisah lain pula menceritakan tentang seorang rahib bernama Berthold Schwartz, yang tinggal di Freiburg, Jerman, pada abad keempat belas. Berthold suka membuat eksperimen dengan pelbagai kimia, menghancurkan dan mencampurkannya untuk membentuk campuran yang baru.

Selalunya dia membuat posyen untuk menyembuhkan penyakit petani-petani yang duduk berhampiran dengan biara. Pada satu hari, Berthold sedang sibuk membuat ubat. Bahan-bahannya terdiri daripada kimia yang mudah didapati — sulfur, arang dan sodium nitrat. Setelah dia menghancurkannya menjadi serbuk halus, dia
mencampurkan serbuk-serbuk itu, Kemudian dia meletakkan batu di atas bekas itu sebagai penutup longgar.

Tidak lama selepas itu, bila Berthold pergi untuk menghidupkan api, dia menggores batu api. Dengan tidak semena-mena beberapa percikan api melayang ke dalam bekas, menyebabkan campuran itu disambar api. Ia meletup dengan bunyi yang kuat dan mencampakkan batu itu ke atas dengan tekanan yang sangat kuat sehingga ia menerjah melalui siling. Dengan tidak sengaja Berthold Schwartz telah menemui serbuk letupan, salah satu daripada bahan letupan yang terawal.


Nasib baik rahib itu tidak tercedera dalam kemalangan itu. Malahan dia tidak berasa takutl Sebaliknya dia berasa terpegun dengan letupan itu. Dia mencampurkan beberapa campuran serbuk itu dan menyalakannya.
Biara yang aman itu bergegar dengan satu lepas satu letupan.

Selepas itu Schwartz membuat satu tiub besi yang tertutup di satu bahagian kecuali satu Iubang. Dia meletakkan serbuk letupan ke dalam tiub itu dan meletakkan sebiji bola besi di atas bahagian yang terbuka.

Kemudian dia menyentuhkan api pada lubang yang kecil itu. Campuran itu meletup, menggerakkan bola besi itu dcngan kuat. Berthold telah mencipta senjata api  yang pertama.   Berthold Schwartz télah menukar perjalanan sejarah. Bukan sahaja dia telah berjaya mencipta senjata api yang boleh menembak dengan jauh, tetapi dia juga telah mencipta bahan letupan yang begitu kuat sehingga boleh meletupkan batu keluar dari dalam tanah. Akhirnya manusia mempunyai cara untuk mengalih gunung!

0 comments:

Post a Comment

Return top