FRANK EPPERSON — 1905
Menjadi beku dengan tidak disengajakan
Ais krim Popsicle yang pertama dijual pada 1923. Tetapi cerita sebenar disebalik Popsicle bermula lapan belas tahun dahulu dengan seorang budak kecil, satu balang air soda, satu batang pengacau dan malam yang luar biasa sejuknya.
Satu hari pada tahun 1905, seorang budak berumur 11 tahun, Frank Epperson dari California, membancuh minuman kegemaran pada waktu itu. Dia mencampurkan campuran serbuk soda dengan air. Secara tidak sengaja, dia meninggalkan campuran itu di beranda belakang rumahnya semalaman. Suhu malam itu jatuh pada satu tahap yang paling rendah dan pada keesokan harinya Frank mendapati balang air soda itu sudah menjadi beku — dengan batang pengacau itu di da1am campuran air yang sudah beku itu.
Beberapa tahun berlalu. Frank Epperson lupa tentang peristiwa itu. Beliau memulakan pelbagai perniagaan apabila dewasa, tetapi satu pun tidak berjaya. Kemudian, lapan belas tahun selepas peristiwa itu, Epperson teringat akan air soda yang dibuat semasa dia berumur 11 tahun. Dia menukar resipi dengan menambah perisa buah untuk mengganti air soda, kemudian menuang campuran itu ke dalam acuan, menambah batang kayu, dan membekukan campuran itu. Epperson memanggilnya “Epsicles", Icicle Epperson. Kemudian nama itu ditukar
kepada Popsicle. Hari ini, berjuta-juta Popsicle dalam 30 perisa dijual setiap tahun. Perisa yang paling digemari? Dari mula, perisa yang paling laris ialah perisa oren.
TAHUKAH ANDA?
Nama 'Popsicle' sebenarnya datang daripada anak—anak Epperson. Mereka memberi nama pendek ais kegemaran mereka itu 'Pop's Cycles? Bila Zaman Meleset melanda Amerika Utara pada 1920, arang ramai tidak mampu untuk membeli makanan kegemaran seperti Popsicle. Untuk menghalang jualan daripada merosot, Epperson memperkenalkan Popsicle kembar - dua Popsicle dibekukan didalam satu bekas. Untuk lima sen, seorang kanak-kanak boleh mendapatkan dua kali ganda makanan kegemaran mereka, dan berkongsi dengan kawan mereka.
Asalnya Epperson membekukan setiap Popsicle secara berasingan di dalam tabung uji, proses yang mengambil beberapa jam. Dengan peralatan moden, proses ini mengambil masa lapan minit sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment