HANS LIPPERSHEY — KIRA—KIRA 1600
Cukup rapat untuk disentuh
Banyak kisah yang kita pernah dengan tentang ciptaan teleskop. Cerita mengenai Hans Lippershey ini tidak pernah dibuktikan sebagai "tidak betul", dan ia mungkin benar.
Lippershey ialah seorang pembuat cermin mata di Middlepoint, Holland, pada awal abad ketujuh belas. Pada satu hari, dia sedang berdiri di pintu kedainya mengilat beberapa kanta yang baru dibuatnya. Memang adatnya dia memegang beberapa kantanya yang sudah siap kepada cahaya. Dengan cara ini dia boleh melihat sama ada terdapat kecacatan
pada gelas itu dengan mudah. Tanpa berfikir, dia memegang dua kanta kepada cahaya dan melihat melaluinya pada masa yang sama.
Menara gereja yang berada jauh seperti melompat kepadanya. Lippershey sungguh terkejut sehingga dia hampir melepaskan kantanya. Bila dia sudah menenangkan dirinya, dia memegang kanta—kanta itu dan melihat melaluinya sekali lagi ke arah menara. Tentu sekali, menara itu begitu hampir sehingga rasa-rasanya boleh dipegang.
Lippershey menyedari bahawa beliau menggunakan dua kanta yang berlainan. Yang paling dekat dengan matanya berbentuk cekung atau melengkung ke dalam pada satu sisi. Kanta yang rapat dengan menara berbentuk cembung atau melengkung ke luar pada satu sisi lagi. Dengan menggerakkan kanta itu lebih dekat dan jauh, dia boleh memfokus imej menara itu dengan lebih terang. Pada mulanya Hans Lippershey menyangka bahawa dia telah mencipta satu permainan yang menarik. Dia melekatkan kanta itu pada bod agar pelanggan-pelanggannya dapat melihat menara gereja yang jauh itu. Tidak lama selepas itu ciptaannya menjadi begitu popular di sekitar bandar itu dan perniagaannya menjadi semakin maju.
Tidak lama kemudian dia menghalusi alatnya. Dia membalut kanta-kanta itu di dalam sebuah tiub kosong yang boleh dilaraskan. Dia memanggilnya "kijkglas" (cermin boleh lihat).
Pada 2 Oktober 1608, Lippershey membuat permohonan untuk mendapatkan paten untuk cermin boleh lihatnya supaya dia seorang sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan dan menjual ciptaannya. Permohonannya ditolak. Kerajaan memberitahu dia bahawa ideanya tidak sepenuhnya asli kerana, “terlalu ramai orang yang berpengetahuan tentang ciptaannya ini.” Nampaknya ada ramai pencanai kanta di Belanda yang juga memohon untuk mendapatkan paten untuk ciptaan yang mirip pada masa yang sama dengan Hans Lippershey.
Siapa yang sebenarnya menemui helah dengan kanta-kanta ini dan bagaimana penemuan ini dijumpai akan tetap menjadi misteri, tetapi penemuan Lippershey yang tidak disengajakan ini mungkin telah membuka jalan kepada permulaan teleskop, binokular dan miksroskop yang kita guna pada hari ini.
TAHUKAH ANDA?
Apabila Galileo membaca tentang ciptaan Lippershey, dia mencipta 'gelas lihat'nya sendiri. Dengan alat kasar ini dia membuat beberapa penemuan; tompok matahari di permukaan
matahari, empat bulan besar di planet Musytari, lingkaran-lingkaran planet Zuhal, dan leblh daripada 1OO bintang baru dalam galaksi Bima Sakti. Tetapi orang yang hidup
pada zaman itu lebih berminat dengan perkara yang praktikal seperti mencari kedudukan kapal layar yang berada beberapa blok jauhnya dari pelabuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment