ROBERT KOCH — 1880
ubi kentang berkulat
Pada hari ini kita tahu tentang organisma mikro atau bakteria yang menyebabkan penyakit. Dengan mengawal sebaran bakteria, kita boleh mengawal penyakit daripada merebak.
Bagaimanapun pada akhir dekad 1800-an, idea ini adalah idea yang baru, dan tidak ramai orang yang mempercayainya. Bagaimana sesuatu yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar boleh menyebabkan penyakit?
Robert Koch, seorang ahli sains Jerman tidak percaya bahawa idea ini karut. Dia menghabiskan banyak masa di dalam makmalnya di Berlin untuk mengasingkan dan mempelajari mengenai bakteria. Pada satu hari di tahun 1880, ketika dia sedang mengemas makmalnya, Koch tertarik dengan sekeping ubi kentang rebus yang ditinggalkan oleh seseorang di atas meja. Ubi kentang itu telah terbiar di situ untuk beberapa hari, dan dilitupi dengan kulat yang berbulu.
Koch mengutip ubi kentang itu dan hampir membuangnya apabila dia tiba-tiba berhenti dan memerhatinya. Bukankah ini sungguh menarik?
Robert Koch pernah melihat makanan yang berkulat sebelum ini. Tetapi kali ini dia memerhatikan bahawa kulat itu tumbuh dalam kelompok. Dan setiap tompok mempunyai warna yang lain? Koch menarik sedikit kulat dari ubi kentang itu. Dia meletakkannya atas slaid kaca, menambah setitik air, dan melihatnya di bawah mikroskop. Dia dapat melihat sekumpulan bakteria yang serupa. Bila dia meneliti tompok merah dia nampak mikro organsima yang berlainan. Setiap tompok berwarna, dia mendapati, mengandungi jenis kumpulan-kumpulan bakteria yang berlainan. Bila Koch mengutip bakteria ini dari satu tompok dan meletakkannya di atas makanan, dia mendapati ia membiak dengan berganda, membentuk koloni bakteria yang sama dari semua segi.
Kali kedua Robert Koch memandang ubi kentang itu telah memberi cara untuk ahli sains membiak dan mengasingkan bakteria untuk dipelajari. Ia menandakan permulaan ilmu sains bakteriologi dan membawa kepada berakhirnya banyak pcnyakit.
TAHUKAH ANDA..
Sedang James Schlatter, seorang ahli kimia tekun membuat kajian tentang dadah untuk ulser pada tahun 1965, dia telah tertumpah satu serbuk diatas jarinya. Bila dia menjilat jarinya untuk mengangkat sekeping kertas, dia mendapati rasa serbuk itu sangat manis. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini membawa kepada penemuan Nutrasweet. Pemanis tiruan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment