Kerusi roda yang boleh dilipat
Jika anda pergi membeli barang-barang runcit pada 1937, anda memerlukan tulang belakang dan tangan yang kuat. Sambil merayau-rayau di lorong pasar raya, anda menimbunkan barang-barang runcit anda di dalam bakul dan beg yang perlu diangkut bersama-sama anda di pasar raya. Senaman yang sungguh meletihkan.
Sylvan N. Goldman dari Oklahoma City berkecimpung dalam perniagaan pasar raya. Dia berfikir tentu ada cara yang lebih mudah untuk membeli belah.
Pada satu malam pada 1936, dia duduk di atas satu kerusi berlipat didalam pejabatnya yang kecil berfikir tentang masalahnya ini. Bagaimana untuk menjadikan membeli belah ini lebih mudah dan kurang meletihkan? Dia bermain-main dengan berbagai cadangan. Tetapi tidak satu pun yang bagus. Kemudian, apabila dia memerhatikan kerusinya, dia mendapat satu idea yang sangat hebat. Kemudiannya dia berkata,
“Inspirasi datang kepada saya dengan begitu tepat sekali.”
Dia meletakkan dua kerusi berlipat bersebelahan dan memerhatikannya. Ia mungkin boleh dilakukan. Jika dia mencantumkan kedua-dua kerusi dan menambah roda di bawahnya dan bakul di atasnya, Goldman berfikir dia akan mendapat kereta sorong yang mudah ditolak. Seperti kerusi-kerusi itu, kereta sorong itu juga boleh dilipat agar mudah disimpan.
Pada 4 Jun, 1937, kumpulan pertama kereta sorong membeli belah Goldman sedia untuk digunakan di kedainya. Tetapi hari itu sangat menghampakan. Pelanggan-pelanggan yang sepatutnya berasa teruja
untuk mencuba ciptaan barunya ini mengelak untuk menggunakannya. Mereka berasa bahawa jika mereka menggunakan kereta sorong ini, mereka akan dianggap lemah.
Kemudian Goldman mendapat satu lagi idea hebat. Dia mengupah beberapa orang untuk menolak kereta sorong itu di kedainya dan menyamar sebagai pelanggan. Tidak lama selepas itu, pelanggan yang sebenar mula meniru pelanggan-pclanggan yang mcnyamar ini.
Kereta sorong membeli belah Sylvan Goldman memudahkan berbilion-bilion pelanggan barang runcit semenjak 1937. Hari ini, berpuluhan juta kereta sorong digunakan di kedai—kedai seluruh dunia.
Relak sekejap:
Menurut legenda, keju Cheddar terhasil apabila seorang pengembara arab mengembara di padang pasir dan membuka uncang yang mengandungi susu. Malangnya susu itu telah rosak dan menjadi ketulan tebal.Melalui takdir yang tidak disangka, dia menjumpai cara untuk menukar susu kepada keju.
0 comments:
Post a Comment