RSS FEED
Mengenai blog ini...
Apakah yang mencetuskan ilham yang membawa kepada penemuan saintifik dan penciptaan sesuatu yang baru. Kadangkala idea timbul menggunakan cara yang ganjil dan tidak disangka-sangka atau tidak sengaja. Tentunya ahli sains dan pencipta tidak mengharapkan sesuatu yang tidak disengajakan untuk mencapai kejayaan. Tetapi kesilapan kecil, kebetulan atau takdir nasib boleh berlaku setiap masa. Takdir selalu memainkan peranan dalam ciptaan sains. Kebolehan membuat penemuan yang tidak dijangka dan secara kebetulan dipanggil Serendipity
Idea Spontan
--------------

Pembuatan benang

JAMES HARGREAVES — 1764
Spindel menegak

Pada abad kelapan belas, hanya ada satu cara untuk memintal bulu biri-biri menjadi benang iaitu dengan roda pintal. Kerjanya begitu membosankan dan boleh menghasilkan hanya satu helai benang pada satu-satu masa. James Hargreaves, seorang pemintal dan tukang kayu, mencari cara untuk menjadikan roda pintal ini lebih efisien.


Dia sedang memikirkan tentang perkara ini pada satu hari sambil memerhatikan seseorang menggunakan roda pintal ini. Dengan tiba-tiba, roda pintal ini terjatuh. Ia terbaring di sisi dan rodanya terus berputar begitu juga spindel atau tangkai di mana benang itu dililitkan. Sepatutnya ia berada dalam posisi mendatar, selari dengan lantai, sekarang spindel itu berada dalam posisi menegak.

Kejadian yang tidak disangka—sangka ini memberi Hargreaves satu idea. Jika spindel ini diletakkan pada posisi menegak, lebih daripada satu boleh digunakan pada satu-satu masa. Beberapa helai benang boleh dipintal pada satu masa yang sama. Pada tahun 1794, Hargreaves telah membuat satu mesin yang mempunyai spindel menegak yang boleh memintal lima kali lebih pantas daripada menggunakan tangan. Dia memanggilnya Spinning Jenny sempena nama anaknya, Jenny.

Sebuah roda pintal yang terjatuh telah mendorong Hargreaves dan mengubah kehidupan ramai orang. Dengan benang yang dikeluarkan cara Hargreaves ini, baju lebih mudah dibuat, dan ciptaan Hargreaves ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

0 comments:

Post a Comment

Return top